Showing posts with label Muslim. Show all posts
Showing posts with label Muslim. Show all posts

Monday, June 1, 2015

Surau An Nur UPSI

Built in 1922. Located at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, Malaysia

Photo taken on 31.05.2015

Surau ini masih menggunakan rekabentuk struktur kayu. Masjid ASPA di Kuantan pun menggunakan struktur kayu sepert ni.

Bahagian Mihrab

Facade luar yang tiangnya ala-ala fying buttress





Antara karya seni yang terdapat di sekeliling tingkap Surau. Yang pastinya ia adalah daripada konkrit. Aku rasa bukan dari material GFRC seperti yang banyak digunakan sekarang ni.


Rekabentuk tingkap yang ada pengaruh senibina Inggeris


Aku akan cuba dapatkan lebih info mengenai surau ni. Tapi kena sabar dulu ye.....

Sunday, May 17, 2015

Jemaah Solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah (Masjid Cyberjaya)

Photo taken on 8.5.2015

Sememangnya satu kepuasan pada diri bila hasil usaha lebih kurang setahun setengah dah boleh digunakan oleh orang ramai. Hari hari berpanas berhujan kat sini. Alhamdulillah .........Allah sahaja yang tau apa yang ada dalam hati aku. 

Aku bersama dengan projek Masjid Cyberjaya ni sejak stage piling lagi. Sampai lah siap. 
Alhamdulillah sekali lagi....minta-minta hasil usaha ni boleh menjadi saham akhirat aku juga. 

Sekarang Masjid Cyberjaya secara rasminya telah dinamakan sebagai: 
Masjid Raja Haji Fi Sabilillah





Saturday, August 23, 2014

Masjid Kru Se / Masjid Krisek

Masjid Krisek, Pattani, Thailand

Aku ke Masjid ni pada bulan Ramadhan 2014. Agak memenatkan sebab aku travel dari KLIA ke Singapore - KLIA semula (transit) - Hatnyai - Pattani (naik wan berimpit-impit). Travel dan tujuan ke Masjid ni adalah bagi menyiapkan satu tugasan: Shoot Photo Masjid untuk sebuah buku Architecture yang akan di terbitkan nanti. Aku tukang ambil gambar je... tak lebih dari tu.

Mula-mula cuak gak nak gi sini. Sebab last week ada orang kampung area sini mati kena tembak. Tawakal je la. Set dalam minda....bulan posa diaorang tak tembak orang. :)

Cuaca agak mendung masa aku sampai sini. Jadi gambar pun ala-ala mendung gak la. Gambar yang aku kongsikan ni shoot dari handphone aku. Gambar dari DSLR aku tak upload. Saiz besau sangat, kekurangan masa nak upload......(malas sebenarnya hahahaha)

Rezeki aku masa sampai sini, dapat berkenalan dengan seorang pengusaha prebet sapu (term orang kampung aku). Abe Jak namanya. Boleh berbahasa Kelantan tapi ada lenggok Pattani. Ok la, asalkan boleh faham dah le. Dia la jadi jurubahasa kami dengan orang kampung. (Orang kampung sini cakap bahasa Melayu Pattani ala-ala bahasa Kelantan tapi lagi pekat dari Abe Jak).

Tak pe la, keja aku amik gamba je, member aku sorang lagi tu jadi wartawan. Biar la dia yang handle keja dia tu. 

Gambar dari main entrance





Krue Se Mosque (Malay: Masjid Kerisek; Thai: มัสยิดกรือเซะ; rtgs: Matsayit Krue-se) or Pitu Krue-ban Mosque (Thai: มัสยิดปิตูกรือบัน), is located in Pattani Province, Thailand. It was begun in about 1583, but was never completed because of a power struggle between the sultan of Pattani and his brother. The present structure is on the same site and dates to the 18th century CE. It features a mixture of Middle Eastern and European architectural styles.
- Wikipedia

Saturday, May 24, 2014

Masjid Bandar Diraja Klang, Bandar Klang, Selangor (Klang Royal Town Mosque)













Latar Belakang
Masjid ini dibina atas permintaan penduduk Bandar Klang terutamanya peniaga-peniaga Pasar Jawa. Oleh itu masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Pasar Jawa. Ianya telah dibina mulai pada tahun 2007 dan berakhir pada tahun 2009.  Masjid ini telah dirasmiukan oleh DYMM Sultan Selangor pada 11/12/2009. 

Binaan
Masjid ini dibina berasaskan senibina Timur Tengah dimana ianya mempunyai kubah yang besar dan ruangan binaan yang besar dan tinggi.Keseluruhan binaan adalah dari batu konkrit simen.
Terdapat dua ruangan solat yang besar dan dipenuhi permaidani yang indah dan dipenuhi alat penyaman udara. 

Kemudahan
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang solat untuk lelaki dan perempuan,bilik pejabat dan dua dewan semina yang kapasitinya seramai 150 orang. 
Pihak Masjid juga menyediakan WiFI untuk kegunaan jemaah dan kawalan keselamatan 24 jam bagi mempastikan keselamatan terjamin.

Sumbar text dari: IslamGRID

Tuesday, May 13, 2014

Masjid Cina Muslim di Kompleks Al Sa'adah, Rahang. Negeri Sembilan

Masjid Cina Muslim di Kompleks Al Sa'adah, Rahang, Negeri Sembilan, 
Lokasinya agak tersorok sedikit dari jalan besar. Jadi kalau nak mencari kena perhati betul-betul.

Aku ada sertakan GPS koordinat untuk rujukan kepada sesiapa yang berkeinginan untuk melawat masjid ni.

Kali ni cuma shoot gambar guna kamera phone je. Cuaca tak berapa sesuai, mungkin lain kali aku datang lagi untuk dapatkan gambar yang lebih baik.






Lagi artikel mengenai masjid ni: