Monday, December 28, 2015

Bearing punya hal rupanya

Patut la selekoh tak best sejak dua menjak ni. Ingatkan bila dah tukar tayar sport touring memang macam ni. Rupanya bearing dah mula tunjuk tanda-tanda reput. Bila pakai paddock stand baru perasan tayar dah boleh goyang dengan tangan, Nasib baik pomen perasan. 

Tak pe la bukannya mahal sangat pun. 2 ketul bearing tak sampai RM50 pun. Alhamdulillah selesai tukar, selekoh best dah macam biasa. 




Thursday, December 24, 2015

PJ Trade Centre

Moto kecik aku ni, memang boleh kalau aku nak bagi medal perkhidmatan cemerlang. Milage aku hari hari lebih kurang 150km. Bila hari khamis je mileage aku jadi 250km. Mana taknya, ride dari Sendayan ke PJ Trade Centre, Mutiara Damansara.

Ada orang kata KTM Duke banyak problem, setakat ni, alhamdulillah, aku tak menempuh semua masalah tu. Moto aku tak ada masalah. Aku boleh kata antara moto terbaik aku pernah pakai. Kos maintenance vs macammana aku lenjan full trottle hari hari = aku puas hati sangat. 

Tapi dengan syarat la...... kalau nak lenjan tu, kena bagi yang terbaik kat moto dulu. Service ikut jadual kat pusat service, minyak fully syntetic, moto standard kilang, dan pakai spare part ori je. 

Tuesday, December 22, 2015

Nikon J2

Ni kamera ke-2 aku. Yang pertama NIKON D90. Model lama tapi aku anggap model otai yg masih berbisa kalau layan landscape. Masih berkhidmat dgn aku, tapi jarang guna sebab berat. Kalau betul-betul nak keluar shoot baru aku bawa D90 tu. 

Yang ni model Nikon J2. Nikon lagi? Haaaa....memang aku peminat nikon. Masa sebelum beli, ada gak usha model lain, canon dan sony. Tapi sebab model ni ada color oren, terus aku terpikat. 

Dah 2 tahun pakai model ni. Yang ni, boleh kata hari hari berkhidmat. Memang letak kat office je. So bila masuk site je mesti aku bawak.

Cuma bila dah berumur 2 tahun ni, teknologi dah terkebelakang sikit la. Tak ada WiFi connection, tak ada LCD screen boleh ubah dll. Tapi aku still puas hati kalau bandingkan qualiti gambar dan harga yang aku dapat. Mana taknya, hasil jualan gambar dari kamera ni dah balik modal dan semakin meningkat beb. 

Parking sama sama

Kebiasaannya memang bawah tangga tesco ni la port aku parking moto. 

Pagi agak panas sebab matahari naik, tak pe la bagi vitamin D sikit kat moto. Tapi bila dah tengah hari, moto dah tak kena panas, dah redup. 

Soal selamat ke tak tu, lepas kunci handle dan roda - tawakal aje la. Insyaallah ok, lagipun sekitar ni rai yg kenal aku, boleh minta tlg tgk2 kan. 

Sejak seminggu lepas, member aku yg baru angkat CBR 650 pun join aku parking kat sini. Hahahaha......moto aku dah ada member.

This life


Tuesday, June 23, 2015

Sultan Mahmud Mosque in Kuala Lipis, Pahang

Sultan Mahmud Mosque on March 01, 2014 at Kuala Lipis, Pahang, Malaysia. 
The mosque design was based on modular mosque design which is popular in Malaysia in 60’-70’ era.   












Monday, June 1, 2015

Masjid India Muslim, Ipoh

Masjid India Muslim, Ipoh, Perak. Terletak betul2 bersebelahan dgn Padang Ipoh.
Photo 31/05/2015.











Masjid Kampung Paloh, Ipoh

Masjid Kampung Paloh, Ipoh, Perak. The photo was taken on 31.05.2015.

Mimbar mempunyai roda. Mungkin untuk menyenangkan kalau nak bersihkan karpet 


Antara makan yang berada sebumbung dengan Masjid Kampung Paloh

Tempat untuk mengambil wuduk. Dah menerima nafas baru.


Plaque perasmian d sebelah pintu masuk utama. 

Pintu masuk utama ke dewan sembahyang

Minbar dari pandangan sisi

Surau An Nur UPSI

Built in 1922. Located at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, Malaysia

Photo taken on 31.05.2015

Surau ini masih menggunakan rekabentuk struktur kayu. Masjid ASPA di Kuantan pun menggunakan struktur kayu sepert ni.

Bahagian Mihrab

Facade luar yang tiangnya ala-ala fying buttress





Antara karya seni yang terdapat di sekeliling tingkap Surau. Yang pastinya ia adalah daripada konkrit. Aku rasa bukan dari material GFRC seperti yang banyak digunakan sekarang ni.


Rekabentuk tingkap yang ada pengaruh senibina Inggeris


Aku akan cuba dapatkan lebih info mengenai surau ni. Tapi kena sabar dulu ye.....