Saturday, January 25, 2014

5 Sekawan


Kota Bharu Bus Station
Kelantan | Malaysia
November 30, 2012

Masjid As-Salam, Puchong Perdana

Masjid As-Salam Puchong Perdana ialah sebuah masjid di Puchong, Selangor. Masjid ini yang juga dikenali sebagai 'Masjid Terapung' terletak di Jalan Persiaran Puchong Perdana yang merupakan jalan masuk utama ke Taman Puchong Perdana dan lain-lain taman perumahan berhampiran seperti Taman Puchong Indah, Taman Puchong Intan dan Taman Puchong Permai. Masjid As-Salam Puchong Perdana mula digunakan pada 5 Januari 2006.

Rekabentuk senibina Masjid As-Salam Puchong Perdana adalah amat menarik dan menjadi mercutanda kepada taman-taman perumahan. Masjid ini mempunyai kapasiti seramai 400 orang.
Satu keistimewaan masjid ini ialah kegigihan pihak pengurusan dalam memperkasakan ekonomi masjid. Masjid ini mempunyai biro ekonomi yang mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengumpul wang seperti pasar Jumaat, perkhidmatan mencuci kereta dan juga program infak.

 Pengunjung boleh membantu pembangunan masjid dengan membeli air mineral daripada pihak masjid dan wang berkenaan akan didermakan kepada masjid. Apa yang boleh dibanggakan ialah, penjualan air mineral dilakukan tanpa penjaga, yakni pembeli mengambil air mineral dan memasukkan duit ke dalam tabung dengan sendiri.


Sumber Text: Wikipedia









Monday, January 6, 2014

Masjid Pengkalan Udara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Air Force Base Mosque)

Masjid ini siap mula dibina pada 2007 dan mula digunakan pada 2009. Aku pernah mencurahkan keringat di waktu pembinaannya. Semasa masih bekerja dengan W&W Architect.


















Masjid Pengkalan Udara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Air Force Base Mosque)

Masjid ini siap mula dibina pada 2007 dan mula digunakan pada 2009. Aku pernah mencurahkan keringat di waktu pembinaannya. Semasa masih bekerja dengan W&W Architect.