Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, June 1, 2015

Masjid Kampung Paloh, Ipoh

Masjid Kampung Paloh, Ipoh, Perak. The photo was taken on 31.05.2015.

Mimbar mempunyai roda. Mungkin untuk menyenangkan kalau nak bersihkan karpet 


Antara makan yang berada sebumbung dengan Masjid Kampung Paloh

Tempat untuk mengambil wuduk. Dah menerima nafas baru.


Plaque perasmian d sebelah pintu masuk utama. 

Pintu masuk utama ke dewan sembahyang

Minbar dari pandangan sisi

Surau An Nur UPSI

Built in 1922. Located at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, Malaysia

Photo taken on 31.05.2015

Surau ini masih menggunakan rekabentuk struktur kayu. Masjid ASPA di Kuantan pun menggunakan struktur kayu sepert ni.

Bahagian Mihrab

Facade luar yang tiangnya ala-ala fying buttress





Antara karya seni yang terdapat di sekeliling tingkap Surau. Yang pastinya ia adalah daripada konkrit. Aku rasa bukan dari material GFRC seperti yang banyak digunakan sekarang ni.


Rekabentuk tingkap yang ada pengaruh senibina Inggeris


Aku akan cuba dapatkan lebih info mengenai surau ni. Tapi kena sabar dulu ye.....

Sunday, May 17, 2015

Jemaah Solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah (Masjid Cyberjaya)

Photo taken on 8.5.2015

Sememangnya satu kepuasan pada diri bila hasil usaha lebih kurang setahun setengah dah boleh digunakan oleh orang ramai. Hari hari berpanas berhujan kat sini. Alhamdulillah .........Allah sahaja yang tau apa yang ada dalam hati aku. 

Aku bersama dengan projek Masjid Cyberjaya ni sejak stage piling lagi. Sampai lah siap. 
Alhamdulillah sekali lagi....minta-minta hasil usaha ni boleh menjadi saham akhirat aku juga. 

Sekarang Masjid Cyberjaya secara rasminya telah dinamakan sebagai: 
Masjid Raja Haji Fi Sabilillah





Saturday, May 24, 2014

Masjid Bandar Diraja Klang, Bandar Klang, Selangor (Klang Royal Town Mosque)













Latar Belakang
Masjid ini dibina atas permintaan penduduk Bandar Klang terutamanya peniaga-peniaga Pasar Jawa. Oleh itu masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Pasar Jawa. Ianya telah dibina mulai pada tahun 2007 dan berakhir pada tahun 2009.  Masjid ini telah dirasmiukan oleh DYMM Sultan Selangor pada 11/12/2009. 

Binaan
Masjid ini dibina berasaskan senibina Timur Tengah dimana ianya mempunyai kubah yang besar dan ruangan binaan yang besar dan tinggi.Keseluruhan binaan adalah dari batu konkrit simen.
Terdapat dua ruangan solat yang besar dan dipenuhi permaidani yang indah dan dipenuhi alat penyaman udara. 

Kemudahan
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang solat untuk lelaki dan perempuan,bilik pejabat dan dua dewan semina yang kapasitinya seramai 150 orang. 
Pihak Masjid juga menyediakan WiFI untuk kegunaan jemaah dan kawalan keselamatan 24 jam bagi mempastikan keselamatan terjamin.

Sumbar text dari: IslamGRID

Tuesday, May 13, 2014

Masjid Cina Muslim di Kompleks Al Sa'adah, Rahang. Negeri Sembilan

Masjid Cina Muslim di Kompleks Al Sa'adah, Rahang, Negeri Sembilan, 
Lokasinya agak tersorok sedikit dari jalan besar. Jadi kalau nak mencari kena perhati betul-betul.

Aku ada sertakan GPS koordinat untuk rujukan kepada sesiapa yang berkeinginan untuk melawat masjid ni.

Kali ni cuma shoot gambar guna kamera phone je. Cuaca tak berapa sesuai, mungkin lain kali aku datang lagi untuk dapatkan gambar yang lebih baik.






Lagi artikel mengenai masjid ni: