Wednesday, February 10, 2016

Macam mana aku bermula dengan stock photo.

Tak tau la nak ambik gambar apa....

Tak pandai shoot la.....

Tak de masa la nak shoot gamba....


Jawapan aku: 

Aku sebenarnya pernah bagi alasan yang sama. Bermain-main dalam kepala aku...Bayangkan aku dah start register dengan 123RF pada tahun 2013 kalau tak silap....tapi sale aku dekat setahun cuma $1.25 kalau tak silap. Ada la 3 keping je yang laku sebab koleksi tak banyak. Tau sebab apa?.....MALAS!

Aku mula serius dalam stock photo ni pada April 2014. Itu pun selepas join Seminar dari Candid Syndrome (Saiful Nang) kat puchong. Baru sedar beb, baru nampak peluang dalam stock photo ni. Teramat luas dan teramat baru bagi orang Malaysia!

Lepas tu aku join pulak seminar dari PIXTA (Agencies stock photo Jepun) kat Mutiara Damansara. Semangat membara beb lepas tu. Paling aku tak lupa mamat Jepun yang bagi seminar tu kata..... Asia content dalam stock photo di dunia ni still tak banyak, jadi peluangnya teramat la besar.

Ok....nak ambil gambar apa? Aku tak pandai ambil gambar studio. Masa pun tak mengizinkan. Equipment pun ada ala kadar je. Aku ambil jalan mudah....ambil gambar kerja apa yang aku buat hari hari. Aku kerja di tapak pembinaan, Aku nak jadi master collector gambar construction! Hahahahaha (riak)

Bila masuk site je aku bawak kamera, Shoot apa saja. Balik rumah baru select, edit, upload. Menjadi taktik aku, Sekarang ni kalau type keyword 'Construction in Malaysia', Insyaallah dalan page pertama tu dah ada terselit gambar aku.

Kamera apa aku pakai? Mula-mula pakai D90 aku. Berat satu hal, nak menjaganya pn satu hal. Tak sesuai untuk tapak construction. Buatnya rosak rugi aku. Aku beli sebiji mirror-less Nikon J2. Ringan, nak handle pun senang. Kualiti gambar pun dah standard DSLR. Kebanyakan koleksi Construction Photo dalam stock agencies aku adalah dari kamera ni.


Satu lagi nasihat aku, join la group FB Microstokers Malaysia. Ramai otai kat sini. Aku pun banyak belajar kat sini. Walaupun tak kenal secara fizikal, tapi mereka sangat la friendly dan banyak membantu.

Selamat mengupload!





No comments:

Post a Comment