Saturday, February 6, 2016

Dreamstime


Stock Photo aku kat Dreamstime
Dreamstime merupakan diantara stock photo agencies yag terawal aku join. Dah asik kena reject dengan Shutterstock je, exam kat Dreamatime alhamdulillah lulus. 

Kat Dreamstime la juga setakat ni paling banyak aku dapat sale. Cuma ladang-kadang sale aku kat sini macam ada musim. Time banyak, melambak sale, berturut-turut. Time tak de sunyi sepi. Hahahaha.....

Apa pun, jangan tertumpu kepada satu stock agencies je. Perbanyakkan 'kedai'. Insyaallah mungkin di kedai A photo kena reject, tapi di kedai B boleh jadi best seller. Sapa tahu kan. 

Idea....jadikan apa yg di depan mata anda sebagai Stock Photo


Kalkulator aku....hahahaha
Letak atas meja aku, amik kamera, shoot! No prop, no setting metting, Just shoot!
Tak sangka ada juga orang nak beli gambar kalkualator aku....
Kekadang aku terpikir...diaorang nak buat apa  dengan gambar kalkulator ni kan? 

Selamat mengupload!

Jadikan kerja harian sebagai penjana RM sampingan


Kebanyakan masa kerja aku habis di tapak pembinaan. Jadi, memang boleh dikatakan aku akan bawa kamera Nikon J2 aku sentiasa. Nak bawa DSLR berat sangat la pulak, lagi pun macam tak sesuai la pulak kan. Bawa mirrorless je senang, ringan dan mudah. 

So shoot aje apa yang rasa boleh di submit ke stock agencies. Balik rumah baru tengok, mana yang sesuai aku edit. Kebiasaannya yang mana ada melibatkan model release aku tolak ke tepi. Malas nak pikir pasal model release. Concentrate pada yang editorial dan commercial aje. Selalunya aku submit as editorial aje. Senang nak lepas.

Wednesday, February 3, 2016

Sale in Fotolia

Aku shoot gambar ni secara tak sengaja di construction site Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. 

Aku berenti tepi jalan Mersing ke Felda Nitar, Saja je try shoot gamba kelapa sawit. Tak pernah try upload gamba pokok..... sekali tengok laku la pulak. 


Ini adalah screenshoot email dari Fotolia memberitahu ada orang download image aku dan tabung aku bertambah lagi 27sen. Tak de la banyak kan, tapi percaya atau tak....stock photo boleh jadi pandapatan pasif. Sekali upload dan selagi ada orang berkenan dan beli gamba ni, boleh la dapat duit. USD beb!

Dua gambar yang aku kongsikan diatas, adalah diantara gambar aku yang paling banyak laku di Fotolia. Laku dalam pelbagai harga la, bukan hanya sekadar 27 sen. Bergantung kepada saiz yang di download oleh pembeli. 

Aku sebenarnya pun tak tau apa istimewa kedua-dua gambar ni. Pada aku biasa je. Mungkin ada sesuatu pada pembeli kot........ Aku upload je...cargas!

Selamat mengupload!

Tuesday, February 2, 2016

Background photo


Percaya atau tak?

Gambar bata macam ni boleh jadi duit dalam  stock photo
Kategori background / abstract / texture.
Hanya perlu edit sikit guna photoshop.
  
Pikirkan keyword yang sesuai, then upload 
Ada rezeki bolah dapat USD! 

Tiang Bendera

Kenal tak apa ni?

Tiang bendera…..rusted.

Dah lama tak nyanyi lagu Negara ku sambil naikkan bendera.

Dah lama sangat tinggalkan alam persekolahan.    

 

Shutterstock

Lulus exam shutterstock. 50/50 je. Tak dapat markah penuh. 

Aku rasa minat fotography aku sekarang ni dah banyak tertumpu kepada stock photo je. Nak shoot landscape pun masa dah tak berapa mengizinkan. Lagipun stock photo ni boleh generate income. USD lagi tau tak. 

Aku serius dengan stock photo ni sejak April 2014. Sampai hari ni dah dekat 2 tahun. Mula-mula submit pada Dreamstime, pas tu Fotolia dan beberapa stock agencies lagi. 

Shutterstock....hahahaha...nak lulus exam dia punya la seksa. Sampai aku give up beberapa kali. Lepas 7 kali hantar application baru lulus. Itupun 50/50 je. Lulus cukup makan je. Tak pe la, janji lulus, dah boleh start submit gambar. Lulus exam 15/1/2016........sehinga sekarang dah USD6 dalam tangan. boleh la makan kecil-kecilan dulu bagi amatur macam aku ni. 

Hari pertama lulus exam pun aku dah buat sale. Dapat la lima posen.