Masjid Tengku Tengah Zaharah atau
Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu
Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar
Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan
masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas
air di muara
Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di
Malaysia.
Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh
Jabatan Kerja Rayadirekabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri
tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.
Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30
meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat
lelaki di bahagian bawah manakala
wanita di bahagian atas.
Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.
Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya
matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari
Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang. - Wikipedia